![]() |
DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KONSEP KEJIRANAN DAN ADAB-ADAB BERSAMA JIRAN
TUGASAN : E-FOLIO
NAMA PENSYARAH : ENCIK FITRI SANI BIN MOHD ABDUL HAKIM
NAMA PELAJAR : NUR ATHIRAH BINTI MD.RIZAN
NO.MATRIK 29 : DHF16F2023
KELAS : DHF 5B
DEFINISI JIRAN
Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah , orang sekampung, teman:berjiran:bertangga, berhampiran,sebelah menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa,setempat :kejiranan:bermuafakatan, kerjasama, sepakat.
KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan dihuni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.
Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.
JIRAN TETANGGA DI DALAM ISLAM
Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.
KATEGORI JIRAN
berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu:
a -jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b -jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
c -jiran yang kafir.
Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:
a) Jangan menyakiti jiran
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.
b) Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa
مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.
Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya
c) Berbuat baik kepada jiran
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.
Adab Jiran Tetangga Menurut Imam Al-Ghazali
Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.
Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.
Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara ini”.
Imam Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
1) Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
2) Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
3) Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta.
4) Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT.
5) Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun.
6) Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya.
7) Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
8) Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya.
9)Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun.
LAMPIRAN :
VIDEO:
IKHLAS HATI MEMBANTU ORANG YANG SUSAH

![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN68mlMq5INHeT5GsmziXFymxxTiKGkQU-WBUn6S9LNzztfo_C4deSsQQ10In7bVsHdHMjRlrszKxxZWgaIEDpGLhto17tZyOMu-y1vA3HkI09I-SO_Y8DQOXwjeiz4-fJgLkCiKNB0Dk/s320/GOTONG+ROYONG.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFb48ek_tzoAv62_pR9KFdoe24Rn-LDzYI_3DyTtMvSO55_INVOOcuFaUcOz6NiTwlu8eEJk0nguB-o7nTf3jyamKDE1Y2dD8wJCd_WtcJ8RmH3UKKnKKlSjSon6ZolDopJAYzow0Vm-g/s1600/Melaka+Hari+Ini+%252827.03.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlRRZXI7CyjjinxMC5Vk9hPnvO4yFTVjQ5rxPOaBnHXpAorvNgZx0mtZI9sN3SbZJSREdDX1uG4P2td4nloPK5vijUBHOKr4OAtkYz-dKFpov-rB7IWAWnzdrYAk49mgiRNOIMPn5QeBw/s320/RUKUN+TETANGGA+BANTU+BENTUNG+JENAYAH.jpg)
VIDEO:
IKHLAS HATI MEMBANTU ORANG YANG SUSAH